Serangan terhadap Iran melangkaui batas kemanusiaan

Serangan terhadap Iran melangkaui batas kemanusiaan

ANWAR Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Perjumpaan Warga Kementerian Kewangan serta agensi di Kementerian Kewangan, Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Iran bersedia menghentikan tindakan ketenteraan dan menyambut perdamaian, dengan syarat Israel menghentikan serangan terhadap wilayah-wilayah kedaulatan Palestin dan Iran.

Perkembangan itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berhubung melalui telefon dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian berhubung perkembangan terkini konflik berkenaan.

Anwar berkata, beliau diminta untuk menyampaikan pendirian kepada negara-negara Islam agar tidak terpengaruh dengan naratif berat sebelah serta memahami konteks sebenar tindakan balas Iran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malaysia pula secara jelas menegaskan pendirian mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas Gaza dan Iran yang telah meragut nyawa rakyat biasa, kepemimpinan tertinggi ketenteraan serta para saintis Iran.

“Tindakan ini melangkau batas kemanusiaan dan prinsip undang-undang antarabangsa,” katanya dalam kenyataan di platform Facebook, hari ini.

Sejak tercetusnya konflik di Asia Barat, Anwar berkata, Malaysia konsisten dengan pendirian keganasan bukan jalan keluar.

Katanya, dalam kerangka keadilan sejagat, beliau mengakui hak Iran untuk bertindak balas terhadap sebarang bentuk pencerobohan yang mencabuli kedaulatan negara itu.

“Adalah munafik untuk dunia mengiktiraf kekuatan Israel tetapi menolak hak sah Iran untuk mempertahankan diri.

“Malaysia juga menyambut baik komitmen Iran untuk mencari jalan damai bersama semua pihak, termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Israel, sekiranya syarat keadilan dan kedaulatan dipenuhi.

“Malaysia percaya hanya melalui rundingan dan diplomasi, penyelesaian menyeluruh dapat dicapai sebagai usaha dan upaya mengelak pertembungan yang berpanjangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN