Tidak wajar Tengku Zafrul berada di bangku simpanan

Tidak wajar Tengku Zafrul berada di bangku simpanan

RIZWAN SHAH AZLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tindakan mendesak Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz meletak jawatan tersebut adalah ibarat meletakkan pemain bolasepak handalan di bangku simpanan.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pandan, Rizwan Shah Azlan berkata, kepakaran Tengku Zafrul amat diperlukan oleh negara di saat dunia sedang berdepan dengan pelbagai isu penting seperti ketegangan geopolitik yang menjejaskan rantaian bekalan global, ketidaktentuan pasaran komoditi, tekanan inflasi dan keperluan untuk memperkukuh daya saing pelaburan negara.

“Malaysia juga sedang memperhebat usaha peralihan ekonomi berteraskan digital, teknologi hijau dan perindustrian berimpak tinggi. Amatlah tidak wajar Tengku Zafrul didesak untuk melepaskan jawatan menteri di saat penting ini, lebih -lebih lagi dengan prestasi dan rekod pencapaian beliau yang konsisten.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika negara memerlukan barisan Kabinet yang terbaik, tenaga dan kepakaran seperti yang beliau miliki tidak seharusnya diletakkan di bangku simpanan,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini Utusan Malaysia melaporkan beberapa pemimpin termasuk Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh meminta Tengku Zafrul yang mengumumkan keluar parti supaya melepaskan jawatannya sebagai menteri.

Beliau menyifatkan tindakan Tengku Zafrul meletakkan jawatan dalam parti adalah berita gembira kepada orang UMNO.

Rizwan Shah berkata, keputusan yang diambil pastinya bukan sesuatu yang mudah bagi Tengku Zafrul, memandangkan beliau telah bersama UMNO sejak tahun 1997.

Namun jelasnya lagi, semua pihak harus menghormati hak beliau sebagai individu untuk menentukan hala tuju politiknya, setelah mengambil kira pelbagai faktor termasuk keserasian dan kesesuaian dalam perjuangan politiknya.

“Sepanjang saya berkhidmat bersama beliau di Pejabat Setiausaha Politik Menteri di MITI, saya menyaksikan tahap profesionalisme, integriti, dan dedikasi yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai menteri,”ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini