Tujuh maut, jambatan runtuh atas landasan kereta api di Russia

Tujuh maut, jambatan runtuh atas landasan kereta api di Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Sekurang-kurangnya tujuh maut apabila sebuah jambatan runtuh atas landasan kereta api di wilayah Russia, yang bersempadan dengan Ukraine.

Gabenor Bryansk, Aleksandr Bogomaz berkata, 30 yang lain cedera termasuk dua kanak-kanak dan kini dirawat di pusat perubatan di wilayah itu.

Syarikat Kereta Api Moscow memaklumkan, sebuah kereta api penumpang tergelincir antara Klimov dan Moscow akibat runtuhan bahagian jambatan jalan raya, ekoran gangguan haram dalam operasi pengangkutan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Insiden berlaku pada pukul 10.44 malam (waktu tempatan) antara stesen Pilshino dan Vygonichi di wilayah Bryansk, menurut kenyataan di Telegram.

Syarikat itu berkata, kejadian tersebut tidak menjejaskan perjalanan kereta api lain.

Gambar yang disiarkan dalam talian oleh pihak berkuasa Russia menunjukkan bahagian jambatan yang runtuh serta beberapa kenderaan rosak, sementara pasukan penyelamat dikerahkan sepanjang malam.

Kawasan kejadian terletak kira-kira 100 kilometer dari sempadan Ukraine.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN