‘Isteri masih trauma, takut api, tak mampu masak’


‘Isteri masih trauma, takut api, tak mampu masak’


BADLY NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUCHONG: “Sejak tragedi, isteri saya tidak sanggup tengok api. Masak pun tidak boleh.”

Demikian luahan seorang mangsa letupan paip gas yang mahu dikenali sebagai Badli, yang kehilangan tempat tinggal dan punca pendapatan dalam insiden tragik pada April lalu.

Isterinya yang merupakan penghidap asma, mengalami serangan panik sewaktu insiden, menyebabkan dia kini mengalami kesan trauma dalam hidupnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kini isteri saya masih menjalani sesi kaunseling trauma secara berkala di pusat rawatan kaunseling di Unit Psikologi Kaunseling di Putrajaya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengimbas kembali detik cemas itu, Badli berkata, keluarganya yang ketika itu berada di rumah ibunya hanya mampu menyelamatkan diri sehelai sepinggang.

“Rumah emak saya di Lot 9 Kampung Kuala Sungai Baru habis, bumbung runtuh. Masa itu saya lari dulu, isteri saya yang bawa anak-anak, lari sejauh tiga kilometer.

“Sewaktu awal-awal selepas kejadian, jika menyebut perkara berkaitan dengan kejadian atau tempat tinggal pun boleh buat isteri saya panik dan ketakutan yang amat te­ruk,” katanya.

Kesan letupan turut menyebabkan rumah mereka hancur sepenuhnya dipenuhi tanah dan lumpur akibat kesan letupan dan hujan, sekali gus memusnahkan kelengkapan rumah termasuk kelengkapan pe­rabot. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini