Israel bedil 10 hospital, klinik di Gaza setakat minggu lalu

Israel bedil 10 hospital, klinik di Gaza setakat minggu lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Sekurang-kurangnya 10 hospital dan klinik di Gaza terkena serangan Israel setakat minggu lalu, menyebabkan penutupan penuh serta sebahagian perkhidmatan.

Serangan tersebut turut membebankan kemudahan kesihatan yang masih beroperasi di wilayah terkepung itu, lapor akhbar Haaretz.

Akhbar harian Israel itu mendakwa, serangan ke atas Hospital Eropah di Khan Younis menandakan permulaan kempen intensif Israel, Operasi Gideon Chariots, yang diluluskan Kabinet Keselamatan pada 4 Mei dan dilancarkan pada 18 Mei lalu.

“Serangan itu secara jelas meningkatkan tekanan terhadap sistem kesihatan Gaza yang sedang runtuh,” menurut laporan.

Ia turut merujuk kenyataan Kementerian Kesihatan Gaza mengenai 400,000 orang kini tiada akses kepada perkhidmatan perubatan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merekodkan 28 serangan terhadap hospital di seluruh wilayah Gaza minggu lalu, kira-kira empat peratus daripada semua serangan ke atas hospital sejak serangan bermula.

“Serangan ketenteraan di Gaza sedang mendorong sistem kesihatan di ambang kehancuran,” kata WHO dalam hantaran di X, sambil menyatakan 94 peratus hospital rosak teruk atau musnah sepenuhnya.

Hanya 19 daripada 36 hospital di Gaza sekurang-kurangnya masih sebahagian beroperasi, menurut laporan itu.

Empat hospital utama terpaksa ditutup minggu lalu akibat serangan berulang, arahan pemindahan dan pertempuran yang semakin sengit.

Israel sebelum ini mendakwa pejuang Hamas bersembunyi di dalam hospital, sebagai alasan untuk ‘menghalalkan’ serangan ke atas kemudahan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×