Laporan siasatan polis dibentang minggu depan

Letupan paip gas: Laporan siasatan polis dibentang minggu depan

Laporan siasatan
AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Laporan siasatan polis berhubung tragedi letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya dijangka dibentangkan minggu depan bagi memaklumkan hasil siasatan kepada masyarakat dan jawatankuasa berkaitan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, siasatan turut melibatkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) yang kini giat menjalankan pemeriksaan teknikal di lokasi kejadian.

“Beberapa jalan yang ditutup untuk tujuan siasatan kini dibuka semula, kecuali kawasan sekitar pos kawalan hadapan yang masih dikekalkan bagi membolehkan JKKP dan agensi teknikal menjalankan siasatan lanjut,” katanya di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau menganggarkan tem­poh sebulan lagi diperlukan JKKP untuk memuktamadkan laporan penuh sebelum ia dibentangkan dalam mesyua­rat Kabinet atau Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Kata Amirudin, kerajaan negeri juga akan melantik panel bebas bagi menilai laporan siasatan polis dan JKKP, selain mencadangkan langkah keselamatan bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

“Kita juga akan teliti semula jajaran paip gas dan prasarana berisiko lain seperti kabel voltan tinggi dan paip air bertekanan tinggi, bagi menentukan langkah terbaik melindungi penduduk,” katanya.

Letupan paip gas pada 1 April lalu menyebabkan le­bih 500 penduduk terjejas, manakala lebih 200 kediaman dan kenderaan mengalami kerosakan. Kesemua mangsa dipindahkan ke dua Pusat Penempatan Sementara (PPS) berhampiran susulan keadaan rumah yang tidak selamat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini