Kerajaan peruntuk RM40 juta baik pulih rumah terjejas

Kerajaan peruntuk RM40 juta baik pulih rumah terjejas letupan paip gas

Amirudin Shari bersama mangsa-mangsa insiden kebakaran pada Majlis Penyerahan Bantuan Sewa Rumah kepada Mangsa Insiden Kebakaran Paip Gas Putra Heights di Shah Alam, semalam. – UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan akan menanggung kos pembinaan dan baik pulih kediaman yang terjejas akibat tragedi letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya sehingga RM300,000 bagi setiap unit rumah, melibatkan peruntukan keseluruhan seba­nyak RM40 juta.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, kerja pembinaan yang akan bermula hari ini melibatkan 219 unit rumah yang diklasifikasikan mengikut tiga kategori kerosakan iaitu RM300,000 bagi rumah musnah, RM150,000 (kerosakan melebihi 40 peratus) dan RM30,000 (kerosakan kecil).

Katanya kerja baik pulih bermula hari ini dan kontraktor akan masuk ke tapak kejadian dalam radius 100 meter.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya minta Sime Darby mempercepatkan proses pembinaan,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Peruntukan berkenaan, diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Mesyuarat Kabinet semalam sementara proses baik pulih akan dilaksanakan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), dan Sime Darby Pro­perty Berhad selaku pemaju asal Taman Putra Harmoni.

Selain itu, kementerian bersama MBSJ memperuntukkan tambahan RM6 juta bagi membaik pulih infrastruktur awam, menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan RM46 juta.

Kor Ming berkata, jumlah peruntukan serta siling bagi pembaikan atau pembinaan semula rumah mangsa yang terjejas itu disifatkan sebagai penyeles­aian paling komprehensif kerana melibatkan kerjasama rentas kementerian, agensi kerajaan dan swasta.

Terdahulu Amirudin memberitahu, kerosakan lebih 40 peratus akan ditanggung kerajaan melalui Sime Darby bagi perumahan di Taman Harmoni dan SPNB bagi Kampung Kuala Sungai Baru. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini