Transaksi jual beli saham MAHB dibentang di Dewan Rakyat hari ini?

Transaksi jual beli saham MAHB dibentang di Dewan Rakyat hari ini?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Transaksi pembelian dan penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sama ada rugi atau untung, dijangka didedahkan di Dewan Rakyat hari ini.

Perkara itu dijadual dibangkitkan oleh Chong Zhemin (PH-Kapar) yang meminta Menteri Kewangan untuk memberikan jawapan bersama bagaimana keuntungan atau kerugian itu dilaporkan dalam penyata kewangan KWSP.

Persidangan dijadual turut membincangkan mengenai pemerkasaan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan pelaksanaan terhadap projek tebatan banjir.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lee Chuan How (PH-Ipoh Timor) meminta Perdana Menteri menyatakan inisiatif diambil oleh kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran melalui program TVET.

Sementara Datuk Dr. Alias Razak (PN-Kuala Nerus) pula meminta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air untuk menyatakan perincian tindakan kementerian dalam mempercepatkan pelaksanaan projek tebatan banjir.

Persidangan kemudiannya akan menyambung semula sesi penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Sesi akan dimulakan dengan Kementerian Kerja Raya dan berakhir dengan Kementerian Perpaduan Negara yang kemudiannya akan disambung semula pada 24 Februari ini.

Berdasarkan takwim melalui laman rasmi Parlimen, persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung 18 hari dengan perbahasan Titah Diraja oleh Ahli-ahli Parlimen dari 3 Februari hingga 7 Mac. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×