Skuad boling dapat durian runtuh

Skuad boling dapat durian runtuh

Hannah Yeoh bersama skuad boling yang menerima insentif khas di Menara Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya, hari ini. - IHSAN MSN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad boling kebangsaan menerima durian runtuh apabila menerima insentif khas RM90,000 atas pencapaian cemerlang pada Kejohanan Piala Dunia Boling Persekutuan Boling Dunia (IBF) di Hong Kong, baru-baru ini.  

Majlis Sukan Negara (MSN) dalam kenyataannya hari ini berkata, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyampaikan insentif tersebut dalam satu majlis khas di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pagi tadi.  

“Natasha Roslan yang mencipta sejarah sebagai atlet wanita pertama negara menjuarai acara individu wanita selepas 53 tahun, menerima insentif sebanyak RM20,000.  

“Pasukan lelaki yang terdiri daripada Muhamad Rafiq Ismail, Ahmad Muaz Fishol, Tun Ameerul Hakim Tun Hasnul Azam, dan Timmy Tan turut menerima RM40,000 selepas merangkul gelaran juara acara berpasukan lelaki.  

“Rafiq yang turut muncul naib juara acara individu lelaki menerima insentif tambahan sebanyak RM10,000 atas pencapaiannya itu,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, pasukan wanita yang dibarisi Natasha, Sin Li Jane, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, dan Gillian Lim pula menerima RM20,000 selepas menjadi naib juara acara berpasukan wanita.

Natasha sebelumnya telah memenangi gelaran individu wanita pada Kejohanan Boling Dunia 2023 di Kuwait dan juara berpasukan dunia di Las Vegas pada 2017.  

Pengiktirafan ini mencerminkan penghargaan kepada kegigihan atlet negara dalam mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×