Israel umum perjanjian bebaskan tebusan dicapai

Israel umum perjanjian bebaskan tebusan dicapai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Pejabat Perdana Menteri Israel memaklum perjanjian untuk membebaskan tebusan telah dicapai dan Benjamin Netanyahu telah mengarahkan kabinet keselamatan politik untuk bersidang hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam, pejabat berkenan menuduh Hamas mengingkari bahagian penting perjanjian untuk memeras konsesi saat akhir, satu dakwaan yang dinafikan kumpulan pejuang Palestin itu.

“Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dimaklumkan oleh pasukan perunding bahawa persetujuan telah dicapai mengenai perjanjian untuk membebaskan tebusan.

“Perdana Menteri mengarahkan kabinet politik dan keselamatan untuk bersidang. Kerajaan kemudian akan bersidang untuk meluluskan perjanjian itu,” kata pejabat Netanyahu.

Ia menambah bahawa keluarga tebusan telah dimaklumkan dan persiapan sedang dibuat untuk membawa mereka pulang.

Jika diluluskan oleh kabinet Israel, perjanjian gencatan senjata akan bermula pada hari Ahad dan melibatkan pertukaran tebusan Israel untuk tahanan Palestin sebeum syarat-syarat penamatan kekal perang akan dimuktamadkan.

Usaha itu diumumkan oleh pengantara Qatar dan Amerika Syarikat (AS) semalam.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN