Ibu tabah jaga anak OKU terlantar

Ibu tabah jaga anak OKU terlantar

BIBI Naziraini Mat Ghani memangku Siti Nurul Batrisya Mat Imi di rumah mereka di Kampung La, Hulu Besut, Besut, Terengganu. –UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Seorang ibu dari Kampung La, dekat sini tidak pernah patah semangat membesarkan anaknya, orang kurang Upaya (OKU) fizikal yang kini terlantar dan memerlukan penjagaan rapi.

Bibi Naziraini Mat Ghani, 54, berkata, anak bongsunya, Siti Nurul Batrisya Mat Imi, 12, atau mesra dengan panggilan ‘Adik’ dilahirkan normal dan hanya disahkan mempunyai penyakit jantung berlubang, mula menjadi OKU terlantar selepas berusia lima bulan.

“Ketika usia lima bulan, Adik mengalami sesak nafas dan dibawa ke Hospital Besut sebelum dirujuk dan ditahan wad lebih setahun di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sepanjang tempoh itu, dia beberapa kali dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sehingga satu tahap tidak sedarkan diri dan doktor terpaksa melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR),” katanya ketika ditemui rumahnya, semalam.

Katanya, keadaan Siti Nurul Batrisya ketika itu kritikal dengan oksigen tidak sampai ke otak menyebabkan berlaku gangguan saraf sekali gus membantutkan tumbesarannya.

Menurutnya, meskipun akan memasuki usia remaja tetapi sifat dan perangai Siti Nurul Batrisya seperti seorang bayi yang perlu diberi perhatian 24 jam.

“Selain itu, atas faktor kesihatan, Adik hanya bergantung pada susu formula dan keperluan harian termasuk lampin pakai buang mencecah RM1,000 sebulan, belum termasuk biaya perubatan.

“Kami sekeluarga hanya bergantung kepada pendapatan suami sebagai buruh kampung amat berat dengan kos yang terpaksa ditanggung,” katanya.

Jelasnya, Siti Nurul Batrisya juga mengidap penyakit lain termasuk gangguan genetik, penyakit paru-paru obstruktif kronik dan Gastro Esofagus Refluks Disease (GERD).

Katanya, anaknya itu mene­rima bantuan sebanyak RM500 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini