PEMAKANAN kurang bernutrisi dan tidak seimbang menjadi punca utama kanak-kanak mengalami masalah bantut.
Pakar Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Ara Damansara, Dr. Loh Wai Loong berkata, pemakanan tidak seimbang menjejaskan tumbesaran dan ketinggian kanak-kanak.
Ketinggian kanak-kanak dikatakan terbantut apabila mereka didapati tidak setinggi kanak-kanak sebaya yang sama usia dan jantina.
Mereka dianggap terlalu kurus apabila berat badan tidak selaras dengan ketinggian masing-masing.
Namun, berat badan dan ketinggian yang terlebih daripada purata juga bukan sesuatu yang baik kerana kebanyakan kanak-kanak yang obesiti disebabkan oleh faktor diet adalah gemuk dan tinggi.
“Kebanyakan kes yang saya jumpa (bantut) disebabkan oleh diet. Ramai kanak-kanak zaman sekarang diberi kelonggaran untuk memilih apa yang disukai dan bukannya apa yang baik untuk mereka.
“Kanak-kanak tidak pandai membuat pilihan berdasarkan makanan yang sihat dan mereka hanya akan memilih makanan yang sedap.
“Kalau ibu bapa membiarkan anak-anak memilih makanan yang disukai sahaja, lama-kelamaan amat susah untuk mengubah sikap tersebut,”
katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2022 yang melibatkan seramai 25,000 responden, kanak-kanak Malaysia didapati menghadapi masalah daripada segi status nutrisi yang kurang memuaskan, perkembangan terjejas, liputan vaksinasi tidak lengkap, kurang darah merah (anemia) dan banyak lagi.
Dalam kalangan kanakkanak bawah lima tahun, satu daripada lima orang (20 peratus) didapati ketinggian terbantut, satu daripada 10 orang (11 peratus) terlalu kurus dan satu daripada 16 orang (enam peratus) terlebih berat badan.
KURANG KESEDARAN
Tambah Dr. Wai Loong, kurang kesedaran mengenai diet yang seimbang menjadi punca ibu bapa tidak menitikberatkan soal pemakanan anak.
Malah, kajian NHMS 2022 turut mendedahkan terdapat lebih daripada separuh ibu bapa yang tidak menyedari anak-anak mereka menghadapi masalah berat badan.
“Kajian NHMS 2023 menunjukkan 95 peratus orang dewasa di Malaysia tidak makan sayur hijau yang secukupnya setiap hari dan 54 peratus orang dewasa mempunyai berat badan yang terlebih.
“Oleh itu, cara hidup kita perlu diubah supaya kanakkanak boleh mengikuti langkah kita. Mulakan dengan penambahan sayur hijau dalam diet sekeluarga, bukannya hanya menasihatkan kanak-kanak sahaja,” katanya.
Biarpun tiada makanan yang spesi k bolehmempengaruhi ketinggian seorang kanak-kanak, kata
Dr. Wai Loong, hidangan sayur sangat membantuproses tumbesaran kanakkanak yang sihat.
Kurang makan sayur hijau boleh menyebabkan masalah tumbesaran seperti kekurangan zat besi, anemia dan sembelit.
“Ramai kanak-kanak yang diet mereka terdiri daripada makanan ringan dan makanan diproses seperti nu et, sosej dan kentang akan lebih
cenderung untuk mendapat masalah kekurangan zat besi dan vitamin.
“Oleh itu, banyak penilaian perlu diberikan untuk mendidik masyarakat mengenai jenis makanan yang
sesuai dan seimbang kerana ramai yang masih menganggap kanak-kanak cuma perlumakan banyak untuk
menaikkan berat badan,” jelasnya.
PUPUK TABIAT MAKAN SIHAT
Justeru, peranan ibu bapa sangat penting bagi mengelak masalah bantut dalam kalangan anak kecil.
Tabiat pemakanan sihat perlu dipupuk sejak awal usia bagi membiasakan anak-anak dengan pemakanan yang seimbang.
“Semua orang dilahirkan tanpa mengetahui apa yang perlu dibuat kecuali diajar dan dipupuk.
“Selain itu, dengan adanya telefon pintar dan media sosial, cara hidup kebanyakan orang zaman sekarang berubah daripada duduk bersembang sambil makan kepada tunduk kepala tengok telefon sambil makan.
“Ramai kanak-kanak sekarang didapati susahuntuk menghabiskan makanan mereka tanpa bantuan telefon pintar.
Hal ini akan menjejaskan penghadaman mereka dan bagaimana kanak-kanak mengenali rasa sesuatu makanan yang disediakan,” jelasnya. –UTUSAN










