Sabalenka cemerlang menjelang Terbuka Australia

Sabalenka cemerlang menjelang Terbuka Australia

Pemain tenis Belarus, Aryna Sabalenka menggayakan aksinya selepas menjuarai Kejohanan Antarabangsa Brisbane, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Memuatkan artikel berkaitan…
BRISBANE: Pemain tenis nombor satu dunia, Aryna Sabalenka menikmati aksi pemanas badan yang cemerlang sebelum bermulanya Kejohanan Terbuka Australia selepas menjuarai Kejohanan Antarabangsa Brisbane selepas menewaskan lawannya dari Rusia, Polina Kudermetova sebentar tadi.
Selepas muncul sebagai naib juara kejohanan yang sama pada 2024, Sabalenka tidak menunggu lama untuk melengkapkan gelaran kali ke-18 dalam kariernya dengan kemenangan 4-6, 6-3, 6-2 dalam tempoh permainan satu jam, 47 minit.
Dalam aksi lelaki, pemain Republik Czech yang berusia 21 tahun, Jiri Lehecka menjulang gelaran ATP kali kedua selepas lawannya, Reilly Opelka dari Amerika Syarikat (AS) menarik diri selepas mengalami kecederaan pergelangan tangan ketika kedudukan permainan terikat 1-4.
.
Kemenangan Sabalenka itu merupakan permulaan sempurna untuknya memburu kejuaraan ketiga berturut-turut pada Terbuka Australia di Melbourne minggu depan.
“Saya dapat mengatasi segala cabaran dalam minggu ini menjelang Terbuka Australia. Saya dapat merasakan permainan saya semakin baik. Secara mental dan fizikal saya sudah bersedia untuk memikul cabaran pada Terbuka Australia. Memenangi trofi ini (Brisbane) penting untuk mendepani kejohanan yang lebih besar selepas ini (Terbuka Australia),” katanya. – AFP/UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini