Kediaman 250 keluarga diancam hakisan tebing - Utusan Malaysia

Kediaman 250 keluarga diancam hakisan tebing

SYED Muhamad Syed Jamaludin meninjau keadaan hakisan tebing berhampiran pinggiran Sungai Kelantan di Kampung Pulau Pisang, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seramai 250 keluarga yang tinggal berhampiran pinggiran Sungai Kelantan di Kampung Pulau Pisang, di sini berdepan ancaman tebing runtuh sejak dua ming­gu lalu.

Situasi itu menyebabkan sebuah keluarga yang menduduki rumah sewa di kawasan berkenaan terpaksa berpindah berikutan bahagian belakang rumahnya sudah condong

Penduduk, Syed Muhamad Syed Jamaludin, 62, berkata, hakisan itu mula dikesan selepas banjir melanda negeri ini hujung bulan lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, arus banjir yang deras ketika itu memberi ke­san kepada tebing sungai sekali gus menyebabkan berlakunya hakisan teruk.

“Semakin hari hakisan bertambah teruk dan mulai me­rebak hingga ke laluan utama yang digunakan penduduk. Situasi ini menyebabkan kami menjadi tidak tenteram setiap kali memikirkan masalah ini,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Penduduk, Hanafi Mamat, 66, berharap pihak berkaitan mengambil langkah segera dengan membina benteng bagi mencegah hakisan itu daripada terus merekah.

Katanya, ini adalah kejadian kali pertama berlaku sejak dia menetap di kawasan itu 20 tahun lalu.

“Saya bimbang jika tiada langkah segera diambil de­ngan keadaan cuaca tidak menentu, kemungkinan besar masalah ini jadi lebih buruk,” ujarnya.

Sementara itu Pengerusi Jawantankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pemba­ngunan Luar Bandar Kelantan, Datuk Dr. Izani Husin menerusi hantaran dalam laman sosial Facebooknya memaklumkan, menerima laporan tentang kejadian tebing runtuh di Kampung Pulau Pisang.

“Situasi ini berisiko menyebabkan hakisan yang boleh menjejaskan kediaman penduduk. Saya bersama pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah turun ke lokasi untuk melihat keadaan dan berbincang langkah terbaik. Insya-Allah langkah pembaikian akan dilakukan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×