RM3 juta untuk tentera sambung belajar

RM3 juta untuk tentera sambung belajar

MOHAMED Khaled Nordin dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir (empat kanan) menyerahkan surat tawaran kepada wakil peserta program WBL di Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan meluluskan RM3 juta bagi anggota tentera menyertai program Pembelajaran Berasaskan Tempat Kerja (WBL) menerusi 10 program diploma.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, program tersebut melibatkan beberapa institusi, antaranya Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Katanya, setiap anggota yang dipilih akan dinilai oleh institusi di kem atau tempat anggota tentera tersebut bertugas.

“Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dengan kerjasama universiti akan menilai secara menyeluruh kemahiran dan jangka masa kerja seseorang anggota itu sebelum menganugerahkan diploma.

“Ini dapat membantu anggota tentera, ada jaminan untuk masa depan mereka. Ini satu penghargaan untuk mereka yang berkhidmat,” katanya dalam Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pendidikan Tinggi di Wisma Perwira, semalam.

Kerjasama strategik ini turut melibatkan dua bidang kerjasama lain iaitu Inisiatif Program Komuniti Tertumpu dan Inisiatif Program Kolaborasi Industri (ICP).

Sementara itu Mohamed Khaled berkata, setakat ini, 236 anggota tentera telah dikenal pasti untuk menyertai program diploma tersebut.

“Setiap tahun 5,000 anggota tentera akan bersara dan mereka akan lalui kursus peralihan di Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat).

“Justeru, dengan adanya program ini mereka akan dinilai ketika anggota bekerja lagi,” jelasnya.

Tambah Mohamed Khaled berkata, antara syarat yang ditetapkan ialah anggota tentera perlu berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×