Perkahwinan bawah umur di bawah kuasa kerajaan negeri

Perkahwinan bawah umur di bawah kuasa kerajaan negeri

NANCY Shukri pada majlis pelancaran Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia anjuran Tabung Darurat Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Menara Ken, Kuala Lumpur. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Meskipun Kerajaan Persekutuan boleh menggesa perkahwinan bawah umur dihentikan, kuasa penuh untuk meminda undang-undang tersebut masih terletak di bawah kerajaan negeri.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, setakat ini hanya Kedah dan Selangor yang telah mengambil langkah meminda perlembagaan negeri masing-masing berkaitan isu tersebut.

“Itulah realiti di Malaysia. Kami boleh gesa dan beri tekanan, tetapi akhirnya kerajaan negeri akan bertanya, siapa kita untuk menentukan apa yang perlu mereka lakukan? Mereka lebih memahami keadaan di negeri masing-ma­sing,” katanya pada sidang media sempena Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia anjuran Tabung Darurat Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) di Menara Ken, di sini, semalam.

Tambahnya, perbincangan secara tidak formal dengan kerajaan negeri menunjukkan bahawa tiada pihak yang secara terbuka menyokong perkahwinan bawah umur.

Bagaimanapun, Nancy berkata, faktor budaya dan adat resam setempat merupakan cabaran utama bagi merangka sebarang perubahan.

“Saya sudah mendekati beberapa pemimpin negeri dengan harapan mendapatkan sokongan mereka. Namun, jawapan mereka tetap sama. Semua perlu faham, ia tidak semudah yang disangka,” katanya.

Terdahulu, beberapa kumpulan hak wanita menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas untuk membanteras perkahwinan bawah umur.

Menurutnya, Malaysia berisiko gagal memenuhi komitmen antarabangsa berkaitan hak kanak-kanak sekiranya reformasi hanya dilakukan separa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×