Azmin hanya tanding Ketua Bersatu Bahagian Gombak

Azmin hanya tanding Ketua Bersatu Bahagian Gombak

MOHAMED AZMIN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengesahkan tidak bertanding mana-mana jawatan di peringkat kepemim­pinan tertinggi pada pemilihan parti itu, Oktober ini.

Mohamed Azmin sebalik­nya berkata, beliau hanya akan bertanding di peringkat bahagian iaitu di Gombak.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“(Bertanding jawatan kepim­pinan tertinggi?): Tidak.

“(Bertanding mana-mana jawatan?): Ketua bahagian Gombak,” jawabnya ringkas menerusi WhatsApp kepada Utusan Malaysia, semalam.

Sabtu lalu, proses pencalonan peringkat bahagian di seluruh negara bermula dengan Datuk Seri Hamzah Zainudin menghantar borang pencalonan sebagai Timbalan Presiden yang kini dipegang Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Hamzah sebelum ini me­nyandang jawatan Setiausaha Agung bagi penggal 2020-2023.

Selain itu, difahamkan Ahmad Faizal akan bertanding jawatan Naib Presiden, secara tidak langsung memberi laluan kepada Hamzah untuk mere­but jawatan Timbalan Presiden.

Pada 13 Julai lalu, Muhyiddin berkata, beliau telah diberi mandat oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) untuk berun­ding dengan barisan kepimpinan parti bagi memastikan pemilihan pada Oktober nanti tidak mengakibatkan perpecahan dalaman.

Menurut Muhyiddin, Moha­med Azmin ditawarkan jawatan Setiausaha Agung berikutan ketokohan serta kemampuannya menjalankan tugas sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Musim pemilihan parti itu bermula dengan proses pencalonan di peringkat bahagian di seluruh negara bermula semalam manakala peringkat pusat bagi jawatan MPT pimpinan tiga sayap, Srikandi, Armada, Srikandi Muda dan Bersekutu Pusat dijalankan pada Sabtu.

Tarikh persidangan bagi pe­ringkat bahagian parti adalah dari 12 hingga 26 Oktober. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×