Benteng pertahanan Speedy Tigers semakin kukuh - Sarjit

Benteng pertahanan Speedy Tigers semakin kukuh – Sarjit

KETUA Jurulatih Speedy Tigers, Sarjit Singh ketika bersama skuad negara pada Siri jelajah Eropah.-IHSAN KHM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih Speedy Tigers, Sarjit Singh mengakui benteng pertahanan negara mempamerkan peningkatan biarpun tumpas 0-5 kepada Belanda dalam aksi persahabatan Siri Jelajah Eropah.

Menurut Sarjit, barisan pertahanan negara meraih pengalaman berguna berdepan dengan pasukan No.1 dunia dan beliau menyifatkan pendedahan itu sebagai platform terbaik untuk pemain muda negara.

“Permainan berintensiti dan aksi yang baik berjaya dipamerkan oleh pemain. Perlawanan hari ini (kelmarin) menyaksikan mereka lebih bekerja keras dan struktur pertahanan lebih baik berbanding menentang Jerman, Isnin lalu.

“Perlawanan ini juga menyaksikan mereka tidak hanya sekadar bertahan namun bermain corak permainan menyerang,” kata Sarjit.

Kelmarin, Speedy Tigers mencatat kekalahan ketiga pada Siri Jelajah Eropah selepas tunduk 0-5 kepada Belanda.

Dalam pada itu, Sarjit mahu menutup kempen jelajah menentang India hari ini dengan kemenangan apabila beliau mengatur strategi baharu sebagai pendedahan terbaik ketika di pentas antarabangsa.

“Kami akan cuba bermain dengan corak menyerang dan tidak lagi hanya untuk bertahan. Pemain kita lebih-lebih lagi yang muda harus diterapkan dengan gaya permainan sedemikian rupa,” katanya.

Untuk rekod, Speedy Tigers menyertai Siri Jelajah Eropah sejak 1 Julai lalu sebagai persediaan menghadapi kejohanan Trofi Juara-Juara Asia di Inner Mongolia pada September depan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN