Padang rosak: Tidak banyak berubah menjelang final Piala Malaysi

Padang rosak: Tidak banyak berubah menjelang sepak mula final Piala Malaysia

PADANG Stadium Nasional Bukit Jalil terus menjadi pendebatan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan, keadaan padang sebelum sepak mula final Piala Malaysia 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keadaan terkini padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tidak banyak berubah daripada gambar tular yang memaparkan kerosakan di bahagian tengah padang menjelang sepak mula aksi final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC), malam ini.

Situasi berkenaan jelas mengusarkan kem kedua-dua pasukan kerana ia secara tidak langsung akan menjejaskan kualiti permainan selain turut mengundang risiko kecederaan kepada pemain seperti apa yang dibimbangkan oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, semalam.

Kawasan yang paling ketara mengalami kerosakan ialah dibahagian tengah yang mana membabitkan tampalan rumput di kawasan yang agak luas, selain di beberapa bahagian lain termasuk kawasan yang berhampiran dengan pintu gol.

Apa yang membimbangkan ialah sekiranya perlawanan pada malam ini berlangsung dalam keadaan hujan yang sekali gus akan menyebabkan berlaku kerosakan yang lebih teruk kerana padang ‘becak’.

Sebelum ini, isu kerosakan kerosakan padang baharu jenis Zeon Zoysia di SNBJ tular di media sosial dan mengundang kritikan pelbagai pihak yang tidak berpuas hati dengan pengurusan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).

Semalam, PSM dalam satu kenyataan membuat membuat permohonan maaf kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan semua peminat bola sepak tanah air atas kerosakan yang berlaku.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya