Malaysia muncul juara AFF B-19

Malaysia juara AFF B-19

aff
FAIZ Amer Runnizar (kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika aksi final Kejuaraan B-19 AFF menentang Laos - Gambar ihsan FB FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bumi Indonesia terus memberi ‘tuah’ buat Malaysia apabila merangkul kejuaraan AFF Bawah 19 (B-19) dengan menundukkan Laos 2-0 dalam final di Stadium Patriot Candrabhaga, Indonesia sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan skuad bimbingan Hassan Sazali Waras mengulangi pencapaian 2018 apabila Malaysia muncul juara menewaskan Myanmar 4-3 yang turut berlangsung di Indonesia.

Ini adalah kejuaraan kedua buat Harimau Muda yang mara ke final buat kali keempat berturut-turut walaupun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hanya meletakkan sasaran mara ke peringkat separuh akhir sahaja.

Kesebelasan utama skuad negara ketika menentang Laos di pentas final kejuaraan AFF B19.Kemenangan itu juga menyaksikan anak didik Hassan Sazali membalas dendam atas kekalahan 0-1 pada aksi terakhir  Kumpulan A dan menghadiahkan kekalahan pertama buat Laos pada kempen itu.

Pada aksi yang berlangsung sebentar tadi, Harimau Muda hanya memerlukan 13 minit untuk berada didepan menerusi selepas sepakan percuma Faiz Amer Runnizar yang berjaya menewaskan Phounin Xayyasone.

Ketangkasan penjaga gol negara, Syahmi Adib Haikal dilihat menjadi individu yang paling penting dan sibuk apabila berdepan beberapa percubaan dari pemain lawan.

Disipilin tinggi dan keyakinan ketara memastikan kedudukan 1-0 itu kekal sehinggalah tamat separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, Faiz Amer berpeluang sekali lagi mencetak nama selaku penjaring gol kedua pada minit ke-61 namun percubaannya ketika berada dihadapan gawang Laos melambung tinggi.

Malaysia semakin menghampiri gelaran kejuaraan selepas Aliff Izwan Yuslan menggandakan kelebihan jaringan pada minir ke-76 untuk menewaskan Xayyasone buat kali kedua dan keputusan 2-0 itu kekal sehinggalah tamat masa perlawanan.

Untuk rekod, pada edisi 2017 di Myanmar, skuad negara tumbang 0-2 kepada Thailand diikuti tewas tipis 0-1 di tangan Australia pada saingan 2019 di Vietnam.

Sementara itu, dalam aksi penentuan tempat ketiga yang turut berlangsung di venue sama pada sebelah petang menjadi milik Vietnam selepas menewaskan Thailand 5-3 menerusi sepakan penentuan penalti selepas terikat 1-1.

Thailand yang merupakan juara lima kali kejohanan terbabit terlebih dahulu di depan menerusi jaringan Sittha Boonlha pada minit ke-42 namun Vietnam berjaya mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti selepas Nguyen Quoc Viet menyamakan kedudukan pada minit ke-53.-UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya