Trump gantikan istilah AI kepada kecerdasan super

Trump gantikan istilah AI kepada kecerdasan super

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyatakan sokongan penuh terhadap penggunaan istilah kecerdasan super (SI) bagi menggantikan kecerdasan buatan (AI), selain menggesa negeri-negeri di negara itu memanfaatkan teknologi berkenaan untuk menjana kekayaan.

Menerusi hantaran di platform Truth Social semalam, Trump berkata beliau bersedia bekerjasama dengan negeri-negeri yang mahu memanfaatkan potensi ekonomi teknologi itu.

“Saya 100 peratus menyokong kecerdasan super (SI) dan akan bekerjasama dengan banyak negeri di AS yang mahu menjadi kaya menerusi teknologi ini,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau turut menyifatkan teknologi itu sebagai sumber kekayaan dan berkata hanya kepimpinan yang tidak bijak akan menolak manfaat ekonomi yang ditawarkannya.

Kenyataan itu mencerminkan usaha berterusan Trump mempopularkan istilah ‘superintelligence’ bagi menggantikan istilah ‘artificial intelligence’ atau kecerdasan buatan (AI) yang digunakan secara meluas.

Sebelum ini, Trump menandatangani perintah eksekutif yang mengarahkan jabatan dan agensi kerajaan persekutuan menggunakan istilah kecerdasan super dan singkatan ‘SI’ dalam urusan rasmi.

Arahan itu merangkumi surat-menyurat, komunikasi awam, laman sesawang, laporan serta dokumen dasar, setakat yang dibenarkan undang-undang.

Trump sebelum ini turut memberi amaran bahawa Rumah Putih menganggap pihak yang terus menggunakan istilah AI berbanding SI sebagai musuh.

Pentadbirannya juga menubuhkan Pasukan SI bagi menyelaraskan pendekatan kerajaan persekutuan terhadap teknologi berkenaan.- ANADOLU

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini