Status kecergasan Wooi Yik jadi penentu ke WTF

Status kecergasan Wooi Yik jadi penentu ke WTF

AARON Chia-Soh Wooi Yik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tahap kecergasan Soh Wooi Yik disahkan masih belum mencapai 100 peratus, perkembangan terbaru itu meninggalkan persoalan tentang peluang beregu lelaki No. 1 negara itu bersama gandingannya Aaron Chia untuk layak ke Jelajah Dunia Akhir (WTF) BWF di Hangzhou, China, Disember ini yang semakin menghimpit.

Ketua jurulatih beregu lelaki kebangsaan, Herry Iman Pierngadi berkata, pemain itu sudah menerima rawatan sewajarnya daripada pakar dan telahpun mula turun ke gelanggang menyertai sesi latihan.

“Saya akui kaki Wooi Yik ada sedikit bengkak, cuma sehingga hari ini, saya melihat keadaannya sudah membaik. Dia sudah turun berlatih, cuma belum 100 peratus sembuh,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di sini, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, pengendali kelahiran Indonesia itu memberitahu, beliau enggan memaksa Aaron-Wooi Yik jika tahap kecergasan mereka tidak mengizinkan.

“Setiap pemain memang ingin ke sana (WTF), hanya beregu lapan terbaik dan hadiah yang ditawarkan juga besar, tetapi, kita tengoklah keadaan mereke seperti apa dan kita akan berunding dulu,” tegasnya.

Pengesahan itu sekurang-kurangnya memberi isyarat positif tentang Wooi Yik, cuma sejauh mana pemain itu bersedia menyertai Japan Masters yang bermula minggu depan masih belum diketahui, meskipun nama mereka berada di dalam undian utama kejohanan tersebut.

Jika Aaron-Wooi Yik berhasrat mengetepikan Jepun Masters, maka, peluang terakhir mereka adalah pada penyertaan di Terbuka Hong Kong yang bermula 17-22 November ini.

Setakat ini, Malaysia telahpun memiliki satu wakil yang diisi oleh Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani yang telahpun mengesahkan tempat mereka dan Aaron-Wooi Yik yang berada di kedudukan No. 6 menerima cabaran daripada beregu yang berada di bawah pasangan itu.

Untuk Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard dan Sabar Karyaman-Moh Reza Isfahani, kedua-dua beregu itu sememangnya berada dalam kelompok lapan terbaik iaitu slot yang melayakkan mereka ke WTF.

Ancaman tersembunyi yang mampu menyingkirkan Aaron-Wooi Yik daripada kelompok tersebut, bakal hadir daripada gandingan China, Chen Bo Yang-Liu Yi dan Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun.

Aaron-Wooi Yik mungkin boleh menarik nafas lega apabila Bo Yang-Liu tewas mengejut di pusingan pertama Terbuka Korea yang sedang berlangsung, tetapi, Hoki-Kobayashi berjaya mara ke suku akhir dan kedua-dua beregu itu juga akan beraksi pada Jepun Masters. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini