Marquez tawan GP Malaysia

Marquez tawan GP Malaysia

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) menyampaikan trofi kejuaraan GP Malaysia kepada Marc Marquez di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pendahulu Kejuaraan Dunia MotoGP, Marc Marquez mengungguli perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang merupakan kemenangan ketiga dalam kariernya pada Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia di sini, hari ini.

Bernaung di bawah pasukan Ducati Lenovo Team, Marquez mempamerkan persembahan dominan dengan catatan masa terpantas 40 minit 14.236 saat (s).

Sebelum ini, pelumba kelahiran Sepanyol itu pernah memenangi GP Malaysia pada edisi 2014 dan 2018.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selepas lapan tahun, Marquez akhirnya kembali mengungguli perlumbaan di Sepang, sementara, Pedro Acosta dari pasukan Red Bull KTM Factory Racing muncul sebagai naib juara (+4.172).

Alex Marquez dari pasukan BK8 Gresini Racing MotoGP yang memulakan saingan dari petak hadapan melengkapkan aksinya di tempat ketiga (+5.955).

Kedudukan keempat dan kelima pula menjadi milik pelumba SuperFile Trackhouse MotoGP Team, Ai Ogura (+6.759) serta Enea Bastianini dari Red Bull KTM Tech3 (+10.896).

Kemenangan tersebut membolehkan Marquez yang merupakan juara dunia tujuh kali itu menokok 25 mata dan sekali gus mengumpul 399 mata keseluruhan untuk unggul di kedudukan teratas pelumba MotoGP.

Jorge Martin dari pasukan Aprilia Racing yang memilih tidak beraksi di Sepang ekoran kecederaan pergelangan tangan yang diperolehinya pada GP Australia di Litar Phillip Island, minggu lalu masih kekal di kedudukan kedua dengan kutipan 355 mata.

Rakan sepasukan Martin, Marco Bezzecchi pula mengumpul 332 mata untuk berada di tangga ketiga, manakala, Acosta di kedudukan kelima dengan 295 mata dan Ogura pula yang mengutip 278 mata di tempat kelima.

Sebelum GP Malaysia, Martin hanya ketinggalan 10 mata, namun, selepas kejayaan Marquez di Sepang, maka, defisit 44 mata telah wujud antara kedua-dua pelumba tersebut.

Dengan maksimum 37 mata ditawarkan bagi setiap Grand Prix iaitu 25 mata untuk kemenangan perlumbaan Ahad dan 12 mata bagi saingan pecut pada Sabtu, maka, kedua-dua pelumba masih berpeluang mengutip maksimum 111 mata keseluruhan untuk tiga pusingan masih berbaki. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini