ACLE: JDT tewas 2-0 kepada Jeonbuk Hyundai

ACLE: JDT tewas 2-0 kepada Jeonbuk Hyundai

PEMAIN JDT, Arif iman Hanapi dijatuhkan pemain Jeonbuk Hyundai pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elite di Stadium Piala Dunia Jeonju, hari ini.-IHSAN FB JST
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa akur dengan kekalahan pertama dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) selepas tewas 0-2 kepada Jeonbuk Hyundai Motors FC di Stadium Piala Dunia Jeonju, sebentar tadi.

Pada aksi di laman lawan, skuad Harimau Selatan memulakan aksi meyakinkan apabila menguji gawang tuan rumah beberapa kali namun gagal menghasilkan gol.

Percubaan pertama JDT, bermula dengan rembatan Nacho Mendez pada minit ke-14, namun belum cukup untuk menewaskan penjaga gol Jeonbuk, Song Bum-Keun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perlawanan yang berlangsung seimbang namun tuan rumah akhirnya memecah kebuntuan gol menerusi tandukan Bruno Mota pada minit ke-22 yang bijak memanfaatkan hantaran lintang hantaran Kim Jin-Gyu.

Skuad kendalian Xisco Munoz cuba bangkit untuk memburu gol penyamaan dengan beberapa gerakan dicipta tetapi masih gagal menggegarkan gawang tuan rumah.

JDT sekali lagi dibolosi kali ini menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Italo Rosa pada masa kecederaan babak pertama.

Sepakan itu diberikan pengadil susulan tindakan penjaga gol JDT, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed menjatuhkan Lee Dong Jun dalam kotak penalti.

Aksi sengit terus dipamerkan kedua-dua pasukan pada separuh masa kedua, namun tiada sebarang jaringan dapat dihasilkan hingga wisel penamat.

Keputusan itu menyaksikan JDT jatuh ke tangga ketujuh liga dan kekal dengan tujuh mata selepas mengharungi empat perlawanan.

Pada perlawanan itu juga, menyaksikan Joao Figueiredo dan Jon Irazabal antara tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang dikenakan hukuman penggantungan setahun oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) turut memperoleh minit permainan apabila dimasukkan sebagai pemain gantian.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini