93 cubaan seludup dadah bernilai RM202.7 juta digagalkan

93 cubaan seludup dadah bernilai RM202.7 juta digagalkan

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 93 cubaan penyeludupan dadah bernilai RM202.7 juta berjaya dipatahkan di pintu masuk negara sepanjang Januari hingga Oktober tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebanyak 41 rampasan barangan seludup bernilai RM42.38 juta turut direkodkan antara Ogos hingga Oktober menerusi pelaksanaan pelan penguatkuasaan bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pengangkutan (MOT).

Katanya, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) pula melaksanakan 44 rampasan dengan nilai keseluruhan sebanyak RM11.22 juta.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebarang pencerobohan di kawasan sempadan atau pelanggaran peraturan khususnya membabitkan penyeludupan adalah sesuatu yang membimbangkan.

“Kegiatan penyeludupan masih berlaku sama ada melibatkan dadah, barangan larangan mahupun senjata api dan operasi penguatkuasaan perlu terus dipertingkatkan,” katanya ketika Sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim (PN-Arau) mengenai langkah memperketat kawalan keselamatan dan mengatasi kelemahan penyelarasan antara agensi penguatkuasaan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini