Waspada muslihat Vietnam

Waspada muslihat Vietnam

WILLIAMS Minh Hoang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harimau Malaya perlu berwaspada dengan ‘muslihat’ Vietnam dalam penentuan tempat ketiga Piala ASEAN FIFA 2026 hari ini, bagi mengelak skuad negara pulang kecewa ke tanah air.

Perlawanan ini bakal menjadi aksi keempat yang menemukan kedua-dua pasukan untuk tahun ini, dengan Vietnam memiliki kelebihan kerana telah memenangi tiga aksi terakhir.

Ini termasuk dua aksi separuh akhir Piala ASEAN sebelum ini, di mana anak buah Kim Sang Sik berjaya mengecewakan skuad kendalian Tan Cheng Hoe dengan agregat 4-0.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penyerang muda Vietnam, Williams Minh Hoang melaungkan amaran kepada Harimau Malaya bahawa pasukan itu mahu menutup kempen FIFA ASEAN Cup dengan kemenangan.

Keyakinan pemain berusia 19 tahun itu berdasarkan rekod perlawanan menentang Malaysia sebelum ini dan dia berharap dapat membantu Vietnam meneruskan rekod cemerlang pasukan itu ke Harimau Malaya

“Sudah tentu setiap perlawanan cukup penting termasuk perlawanan seterusnya. Objektif kita ialah mendapatkan kemenangan. 

“Kita kena dapatkan keputusan positif, lebih-lebih lagi menentang Malaysia,” katanya kepada portal FIFA.com.

Malaysia akan menentang Vietnam hari ini pada pukul 5 petang di Stadium Gelora Bung Karno dan selepas itu aksi final antara Indonesia dan Thailand akan berlangsung di stadium yang sama. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN