Russia ugut guna nuklear jika Barat terlibat konflik Ukraine

Russia ugut guna nuklear jika Barat terlibat konflik Ukraine

VLADIMIR PUTIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Russia tidak teragak-agak menggunakan semua senjata dalam simpanannya termasuk nuklear jika wilayah eksklaf Kaliningrad diserang.

Sehubungan itu, Presidennya, Vladimir Putin memberi amaran kepada negara Barat supaya tidak meningkatkan konflik di Ukraine.

Putin berkata, Moscow tidak mempunyai rancangan untuk menyerang mana-mana negara Eropah, namun bersedia bertindak balas terhadap sebarang pencerobohan Barat jika perlu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika berucap di Kelab Perbincangan Valdai di Moscow pada Khamis, beliau turut merujuk kepada Kaliningrad, wilayah Russia yang terletak di antara negara anggota NATO, Poland dan Lithuania.

Amaran itu dibuat selepas NATO mengadakan latihan ketenteraan berhampiran Kaliningrad yang disifatkan pakatan berkenaan sebagai latihan pertahanan bagi memperkukuh usaha pencegahan.

Latihan tersebut mencetuskan kebimbangan Moscow yang pada akhir September memberi amaran akan mengambil tindakan balas sekiranya NATO cuba menyekat Kaliningrad melalui udara atau laut.

“Latihan di Laut Baltik, yang dilakukan secara berturut-turut… Kemudian cubaan untuk menahan kapal dan vesel kami. Semua ini adalah peningkatan ketegangan. Selepas itu, kami mula mendengar kenyataan mengenai wilayah Kaliningrad,” katanya.

Beliau memberi amaran sebarang serangan langsung terhadap Russia, termasuk di Kaliningrad atau wilayah lain, akan membuka kemungkinan Moscow menggunakan semua senjata dalam simpanannya.

“Jika berlaku serangan langsung terhadap Persekutuan Russia, dalam kes ini ke atas Kaliningrad dan mungkin beberapa wilayah lain, sudah tentu persoalan penggunaan semua senjata dalam simpanan negara kita akan muncul dalam agenda. Ini tidak dapat dielakkan,” katanya.

NATO, beberapa negara Eropah dan United Kingdom menuduh Ruasia melancarkan perang hibrid terhadap mereka, termasuk menerusi serangan siber, sabotaj dan cubaan melakukan pengintipan bagi melemahkan sokongan mereka terhadap Ukraine.

Perang Russia di Ukraine yang digelar Moscow sebagai operasi ketenteraan khas kini memasuki tahun kelima, namun Putin tidak menunjukkan tanda-tanda memperlahankan serangan, sebaliknya meningkatkan serangan terhadap infrastruktur tenaga Ukraine dan ibu negaranya, Kyiv, menjelang musim sejuk yang dijangka amat sejuk.

Bagaimanapun, serangan dron Ukraine baru-baru ini terhadap loji penapisan minyak Russia menyebabkan kekurangan bahan api secara meluas, sekali gus mematahkan tanggapan kesan konflik itu tidak dirasai rakyat biasa Russia.- CNN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN