Permintaan domestik dijangka berkembang 5.1 peratus pada 2027

- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERMINTAAN domestik diunjur berkembang 5.1 peratus pada 2027, dipacu pertumbuhan berterusan perbelanjaan sektor swasta sebanyak 5.3 peratus.

Menurut Tinjauan Ekonomi 2027, aktiviti penggunaan dan pelaburan yang berdaya tahan dijangka terus menyokong sumbangan sektor swasta kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), iaitu sebanyak 4.1 mata peratusan (ppt).

“Sementara itu, perbelanjaan awam dijangka berkembang 4.2 peratus dengan sumbangan 0.8 mata peratusan kepada pertumbuhan keseluruhan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penggunaan swasta pula diunjur berkembang 4.8 peratus pada 2027, disokong aktiviti ekonomi domestik yang mampan serta prospek guna tenaga yang menggalakkan.

“Aktiviti berkaitan pelancongan, termasuk Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) yang dilanjutkan ke 2027 serta penganjuran acara utama seperti Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2027 dan Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-34, dijangka memberikan suntikan tambahan kepada perbelanjaan pengguna,” katanya.

Tinjauan itu menunjukkan pelaburan swasta dijangka berkembang 7.1 peratus pada tahun hadapan, disokong perbelanjaan modal yang berterusan, khususnya dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan berintensifkan teknologi.

Katanya, antara bidang yang dijangka menerima pelaburan ialah pusat data berskala hiper dan infrastruktur kecerdasan buatan (AI), semikonduktor termaju serta aktiviti kimia dan petrokimia.

“Walaupun aktiviti pelaburan dijangka kekal rancak, pertumbuhan pelaburan swasta diunjur sederhana berikutan pertumbuhan tinggi yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

“Pelaksanaan projek berbilang tahun yang sedang berjalan akan terus menyokong momentum pelaburan, manakala penerimagunaan teknologi termaju dan pendigitalan yang meluas dijangka meningkatkan produktiviti serta kapasiti pengeluaran,” katanya.

Bagi sektor awam, penggunaan awam diunjurkan meningkat 3.2 peratus, disokong perbelanjaan emolumen serta perkhidmatan dan bekalan.

“Akta Perolehan Kerajaan 2026 [Akta 882] yang dijangka berkuat kuasa pada 2027 pula akan memperkukuh usaha berkenaan menerusi pemerkasaan tatakelola, peningkatan ketelusan dan penerapan prinsip nilai untuk wang dalam perolehan.

“Langkah itu dijangka membantu mengurangkan risiko kebocoran, pembaziran dan penyalahgunaan dana awam, selain menyokong penyampaian perkhidmatan awam yang cekap serta mengekalkan disiplin fiskal,” katanya.

Sementara itu, pelaburan awam diunjur berkembang 6.8 peratus pada 2027, didorong perbelanjaan pembangunan bersasar dan pelaburan berterusan.

“Perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan akan terus mengutamakan projek berorientasikan rakyat, terutama dalam usaha menaik taraf infrastruktur kritikal melibatkan sektor penjagaan kesihatan dan pendidikan.

“Dalam pada itu, perbelanjaan modal syarikat kewangan bukan bank (NFPC) dijangka terus tertumpu kepada sektor strategik termasuk tenaga, utiliti dan pengangkutan, disokong komitmen bersasar syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) di bawah Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP).

“Sementara itu, pertumbuhan Pendapatan Negara Kasar (PNK) pada harga semasa diunjur sebanyak 6.2 peratus pada 2027, dipacu aktiviti domestik yang berkembang, mankala Tabungan Negara Kasar (TNK) diunjur mencapai 24 peratus daripada PNK, manakala jumlah pelaburan dijangka merekodkan 22.2 peratus,” katanya.

Jurang tabungan-pelaburan pula dijangka mencatat lebihan RM41.8 bilion atau 1.9 peratus daripada PNK, sekali gus membolehkan sebahagian besar keperluan pelaburan dibiayai menerusi sumber dalam negara.

Jurang tabungan-pelaburan pula dijangka mencatat lebihan RM41.8 bilion atau 1.9 peratus daripada PNK, sekali gus membolehkan sebahagian besar keperluan pelaburan dibiayai menerusi sumber dalam negara. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

BERITA BERKAITAN

Terkini