Lima gempa bumi gegar Turkiye dalam sehari

Lima gempa bumi gegar Turkiye dalam sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Lima gempa bumi cetek menggegarkan selatan Turkiye semalam, dengan gegaran turut dirasai di utara Syria, namun tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan.

Agensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD) berkata, tiga gempa berlaku pada awal petang, manakala dua lagi pada sebelah malam, tanpa menimbulkan sebarang ‘situasi buruk’.

Empat gempa menggegarkan daerah Saimbeyli di wilayah Adana, masing-masing bermagnitud 4.8 pada pukul 2.19 petang, 4.9 pada pukul 2.36 petang, 4.4 pada pukul 7 malam dan 4.3 pada 8.28 malam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Satu lagi gempa bermagnitud 5.2 berlaku di daerah Sumbas, kira-kira 80 kilometer ke selatan, pada pukul 2.43 petang.

Kawasan berkenaan terletak kira-kira 150 kilometer dari pusat gempa dua gempa bumi besar yang melanda pada Februari 2023 dan mengorbankan sekurang-kurangnya 53,000 orang di Turkiye serta kira-kira 6,000 di Syria.

Dalam kenyataan menerusi Telegram, Pusat Gempa Bumi Kebangsaan Syria berkata kesemua lima gempa itu dirasai di beberapa kawasan di utara Syria.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan akibat gegaran berkenaan.

Turkiye dilintasi oleh beberapa garis sesar geologi yang sebelum ini pernah menyebabkan bencana besar di negara itu.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN