Harga tiket pawagam sepatutnya turun – Fahmi

Harga tiket pawagam sepatutnya turun – Fahmi

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Harga tiket pawagam bagi filem tempatan di Wilayah Persekutuan sepatutnya diturunkan susulan pengecualian penuh duti hiburan yang diumumkan kerajaan menerusi Belanjawan 2027.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, pihaknya akan menghubungi Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) bagi membincangkan pelaksanaan langkah itu supaya manfaat pengecualian berkenaan turut dinikmati penonton.

“Kerajaan telah memberikan pengecualian duti hiburan, maka harga tiket di pawagam di Wilayah Persekutuan sepatutnya turun,” katanya kepada pemberita selepas pembentangan Belanjawan 2027 di Parlimen, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengecualian penuh duti hiburan bagi tiket filem tempatan dan persembahan teater tempatan di Wilayah Persekutuan mulai tahun depan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2027 dilaporkan berkatapPengecualian penuh duti hiburan bagi tiket filem tempatan dan persembahan teater tempatan di Wilayah Persekutuan mulai tahun depan.

Inisiatif itu antara usaha kerajaan menyokong perkembangan industri kreatif negara, selain menggalakkan rakyat menikmati karya tempatan.

Dalam pada itu, kerajaan turut memperuntukkan lebih RM130 juta bagi memperkukuh industri kreatif merangkumi sektor perfileman, muzik dan kandungan kreatif.

Peruntukan itu termasuk insentif kepada produksi filem dan animasi tempatan serta antarabangsa yang menjalankan penggambaran di Malaysia, selain insentif tambahan bagi karya yang mengetengahkan budaya dan identiti kebangsaan.

Mengulas perkembangan lain, Fahmi berkata, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) akan terus diperkasa sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi setempat, khususnya dalam membangunkan usahawan di kawasan luar bandar.

Beliau berkata, kementerian merancang mengadakan Hari Terbuka NADI menjelang penghujung tahun ini bagi menghimpunkan pengurus dan penolong pengurus pusat berkenaan dari seluruh negara.

Katanya, program itu akan menjadi platform untuk memperkukuh peranan NADI dalam membantu komuniti, termasuk memperluas peluang keusahawanan dan akses kepada maklumat.

Kerajaan juga meneruskan Insentif Penggambaran di Malaysia (FIMI) bagi menyokong aktiviti penerbitan filem, termasuk penglibatan syarikat produksi tempatan dan antarabangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini