Taufiq yakin pencapaian negara lebih baik di Aichi-Nagoya

Taufiq yakin pencapaian negara lebih baik di Aichi-Nagoya

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari ketika meninjau sesi latihan skuad sepak takraw bagi bersiapan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di MSN Bukit Jalil. UTUSAN/Saddam Yusoff
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari percaya kontinjen Malaysia mampu memperbaiki pencapaian yang dilakar ketika menyertai temasya itu pada edisi 2023 di Hangzhou, China.

Beliau berkata, keyakinan itu bersandarkan persiapan rapi atlet negara selain komitmen tinggi yang ditunjukkan persatuan sukan serta barisan atlet menjelang temasya berkenaan.

“Insya-Allah saya yakin ada peningkatan dan juga persiapan kita sudah cukup hebat. Komitmen yang ditunjukkan bukan sahaja persatuan, tetapi juga atlet-atlet itu sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita mampu untuk melaksanakan dan sudah pasti untuk kita mensasarkan sebarang pingat, kita perlu melihat dan mengadakan perbincangan serta mendapat pandangan daripada persatuan-persatuan tentang kemampuan dan kebolehan mereka untuk yakin dengan sasaran pingat yang telah ditetapkan,” katanya.

Taufiq berkata, jumlah sasaran pingat rasmi Malaysia akan diumumkan pada 8 September ini sempena majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada Ketua Kontinjen, Datuk Wira Mohd Sumali Reduan dan atlet negara.

Katanya lagi, sasaran kali ini akan diumumkan berdasarkan warna pingat seperti pendekatan yang digunakan pada Sukan Komanwel 2026 yang menyaksikan Malaysia membawa pulang lapan emas, tiga perak dan lima gangsa sekali gus mengatasi sasaran awal iaitu lima pingat emas.

“Pada 8 September juga, pada hari yang sama, kita akan mengumumkan jumlah pingat yang kita sasarkan untuk negara Malaysia.

“Yang penting adalah sasaran kita itu ingin kita capai dengan komitmen bersama semua,” katanya.

Sebagai rekod, pada Sukan Asia Hangzhou 2023, Malaysia mengutip enam pingat emas, lapan perak dan 18 gangsa untuk menduduki tempat ke-14 keseluruhan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini