Sepanyol turunkan barisan terkuat

Sepanyol turunkan barisan terkuat

La Roja akan berdepan England dalam saingan Liga Negara-Negara pada Ahad ini dan mereka perlu perlu berusaha memperbaiki prestasi untuk memastikan memulakan saingan dengan Langkah kanan.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Jurulatih Sepanyol, Luis de la Fuente tidak mahu barisan pemainnya terlalu selesa  ketika mereka kembali beraksi minggu ini buat kali pertama sejak menjulang trofi Piala Dunia 2026.

La Roja akan berdepan England dalam saingan Liga Negara-Negara pada Ahad ini dan mereka perlu perlu berusaha memperbaiki prestasi untuk memastikan memulakan saingan dengan Langkah kanan.

De la Fuente berkata sejurus selepas kemenangan Sepanyol ke atas Argentina pada final Piala Dunia di New Jersey, Julai lalu, beliau sudah memikirkan cabaran seterusnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurulatih berusia 65 tahun itu turut menandatangani lanjutan kontrak awal minggu ini yang menyaksikan beliau kekal bersama skuad kebangsaan sehingga 2032.

“Ketika masih dalam kehangatan suasana, dua atau tiga minit kemudian, seorang pemain datang kepada saya dan berkata, ‘Apa lagi yang perlu kita menangi?’ Jawapannya, perlawanan menentang England pada 27 September.

“Pasukan ini tidak pernah berhenti. Piala Dunia sahaja tidak mencukupi, kami perlu menjadi lebih baik. Apa yang kami capai tidak cukup untuk memenangi perlawanan seterusnya,” kata De la Fuente.

Sasaran utama Sepanyol selepas ini ialah Kejohanan Eropah 2028, dengan mereka berpeluang menyamai pencapaian skuad La Roja yang menjuarai Euro 2008, Piala Dunia 2010 dan Euro 2012.

Namun, De la Fuente mengakui usaha mengulangi kejayaan itu bukan sesuatu yang mudah.

“Dalam hidup, sangat sukar untuk menang dan lebih banyak pasukan yang kalah berbanding menang.

“Untuk mengulangi kejayaan lalu dari segi gelaran, kami akan cuba berada dalam kedudukan untuk bersaing merebut kemenangan. Sekarang kami adalah pasukan yang perlu ditewaskan. Itu menjadi motivasi tambahan,” katanya.

De la Fuente mengekalkan sebahagian besar pemain daripada skuad Piala Dunia untuk aksi Liga Negara-Negara menentang England, Croatia sebanyak dua kali dan Republik Czech.

Bintang remaja Lamine Yamal yang kembali menemui prestasi terbaik bersama Barcelona, serta kapten Rodri kekal sebagai tonggak utama dan kedua-duanya turut berada dalam pencalonan Ballon d’Or, walaupun terdapat beberapa perubahan dalam skuad.

Pemain tengah Barcelona, Fermin Lopez, kembali selepas terlepas Piala Dunia akibat kecederaan kaki, manakala pertahanan Real Madrid, Dean Huijsen, turut dipanggil semula.

Kecederaan penjaga gol Joan Garcia membuka peluang kepada penjaga gol Inter Milan, Josep Martinez, manakala penyerang Espanyol, Roberto Fernandez, yang sedang berada dalam prestasi baik, berpeluang melakukan penampilan sulung bersama La Roja.

Ivan Fresneda pula menerima panggilan lewat bagi menggantikan pertahanan Tottenham, Pedro Porro, yang mengalami kecederaan.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×