Peguam persoal kelewatan penyerahan surat tahanan rumah

Peguam persoal kelewatan penyerahan surat tahanan rumah

MUHAMMAD SHAFEE ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih belum menerima surat rasmi berkaitan pengampunan bersyarat yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara menerusi perintah tahanan rumah.

Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pasukan guaman beliau juga belum menerima surat yang menetapkan syarat-syarat pengampunan berkenaan.

Beliau turut mendakwa Jabatan Penjara Malaysia juga belum menerima dokumen tersebut sehingga banyak persoalan belum terjawab sehingga sekarang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehingga hari ini, sudah masuk hari kelapan. Ia sesuatu yang pelik. Apabila Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan menerusi kuasa prerogatif baginda, individu paling penting ialah Najib kerana beliau merupakan orang yang sedang menjalani hukuman penjara dan akan ditempatkan menerusi tahanan rumah.

“Sehingga hari ini, beliau belum menerima surat tersebut. Kami tidak tahu mengapa surat itu mengambil masa begitu lama. Pihak penjara juga belum menerimanya,” katanya semasa sidang akhbar di pekarangan Kompleks Mahkamah di Jalan Duta, di sini hari ini.

Muhammad Shafee berkata, kelewatan itu turut menjejaskan tindakan susulan yang perlu diambil.

Pada 18 September lalu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenankan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta syarat ditetapkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×