Menteri Kewangan Israel minta tentera berperang di Tebing Barat - Utusan Malaysia

Menteri Kewangan Israel minta tentera berperang di Tebing Barat

BEZALEL SMOTRICH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Menteri Kewangan Israel daripada sayap kanan, Bezalel Smotrich pada Ahad menggesa supaya kawasan di selatan Lubnan dan Semenanjung Gaza yang kini berada di bawah kawalan tentera Israel, dirampas.

Beliau juga meminta tentera Israel berperang menentang rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki.

“Saya mahu kita merampas secara paksa sekurang-kurangnya sehingga Garisan Kuning di Gaza (yang memisahkan kawasan di bawah kawalan Hamas dan Israel) dan sehingga Sungai Litani di Lubnan  kerana jika perang berakhir mengikut garisan yang sama ketika ia bermula, apakah yang akan menghalang musuh daripada melancarkan perang lagi?” kata Smotrich dalam satu audio siar untuk laman berita Israel, Ynet.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya fikir kita perlu berperang di Judea dan Samaria, untuk membubarkan Pihak Berkuasa Palestin yang menyokong keganasan,” tambahnya, menggunakan istilah bagi merujuk kepada Tebing Barat.

Smotrich ialah pemimpin sebuah parti sayap kanan yang menyokong perampasan  seluruh Tebing Barat, yang diduduki Israel sejak 1967.

Tebing Barat menyaksikan peningkatan keganasan sejak tercetusnya perang di Semenanjung Gaza susulan serangan Hamas terhadap Israel pada 7 Oktober 2023.

Lebih 500,000 peneroka haram Yahudi menetap di penempatan di Tebing Barat, yang dianggap menyalahi undang-undang antarabangsa, di wilayah Palestin yang dihuni kira-kira tiga juta rakyat Palestin. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×