SEPANG: Laungan Daulat Tuanku bergema di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dari luar negara.
Baginda bersama ahli keluarga dilihat keluar dari Bilik Khas sekitar pukul selepas pesawat membawa baginda mendarat kira-kira 10.35 malam.
Laungan itu dibuat lebih 300 rakyat Negeri Sembilan yang setia menantikan ketibaan baginda sejak pukul 8 malam.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kebanyakan penyokong berpakaian serba kuning dan hitam itu turut mengangkat sepanduk tertera tulisan Daulat Tuanku.
Baginda turut berkesempatan menyantuni penyokong dan rakyat yang hadir sebelum dilihat berjalan menuju ke kenderaan.-UTUSAN











