Korea Utara tambah 10,000 tentera ke Russia

Korea Utara tambah 10,000 tentera ke Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Ukraine mendakwa lebih 8,000 tentera Korea Utara kini berada di wilayah Russia, manakala persiapan sedang dilakukan untuk menghantar 10,000 lagi tentera.

Memetik data baharu mengenai penempatan tentera Korea Utara ke Russia, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, berkata mereka sedang dipilih untuk menjalani latihan sebelum dihantar ke Russia.

Ogos lalu, Zelenskiy berkata sehingga 50,000 tentera Korea Utara mungkin dihantar untuk berperang bagi pihak Russia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau turut menggesa Korea Selatan memberikan sokongan kepada Ukraine bagi memperkukuh pertahanan udara negara itu.

Korea Selatan pada Julai mengumumkan pakej bantuan bernilai AS$100 juta (RM408 juta) kepada Ukraine, namun bantuan itu tidak merangkumi senjata yang boleh membawa maut.

Zelenskiy mengeluarkan kenyataan itu pada Isnin selepas Seoul dan Kyiv berbeza pendapat susulan pengumumannya minggu lalu bahawa Ukraine menyerahkan dua tentera Korea Utara yang ditawan kepada Korea Selatan.

Seoul kesal terhadap pengumuman berkenaan dengan alasan terdapat persetujuan supaya pemindahan kedua-dua tentera itu dirahsiakan.

Korea Selatan turut membantah kenyataan pejabat Presiden Ukraine yang menafikan kewujudan persetujuan sulit berkenaan.

Menurut anggaran Ukraine dan Korea Selatan, Korea Utara menghantar antara 14,000 hingga 15,000 tentera bagi menyokong perang Russia di Ukraine sejak 2024.

Sebahagian besar tentera itu ditempatkan di wilayah Kursk bagi membantu menangkis serangan tentera Ukraine.

Pyongyang turut membekalkan Russia dengan jutaan peluru artileri dan mortar, selain peluru berpandu balistik, sistem artileri jarak jauh serta sistem pelancar roket berganda, menurut penilaian Ukraine dan sumber bebas.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×