KKM semak kontrak berkaitan Perkhidmatan Doktor Udara susulan nahas helikopter

KKM semak kontrak berkaitan Perkhidmatan Doktor Udara susulan nahas helikopter

MAHATHAR Abd. Wahab berucap pada majlis Malaysian Trauma Conference (MTC) 2026 di George Town, Pulau Pinang, hari ini. - UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Kementerian Kesihatan (KKM) akan meneliti semula semua kontrak berkaitan Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) termasuk perkhidmatan helikopter susulan nahas maut di Long Lellang, Sarawak, pada 8 September lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Mahathar Abd Wahab berkata, semakan itu dibuat selaras dengan arahan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad selepas nahas yang mengorbankan lima individu termasuk empat kakitangan KKM dan seorang juruterbang.

“Seperti yang dinyatakan dalam sidang media oleh Menteri (Kesihatan), kita akan menyemak semua kontrak yang berkaitan dengannya,” katanya selepas merasmikan Persidangan Trauma (MTC) 2026, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan, seorang juruterbang dan empat petugas KKM disahkan maut selepas helikopter perkhidmatan doktor udara (FDS) dinaiki mereka terhempas berhampiran Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport).

Sementara itu, Mahathar berkata, kontrak berkaitan penggunaan helikopter juga termasuk dalam penilaian berkenaan.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas dakwaan bahawa helikopter terbabit sudah lama digunakan, sebaliknya berkata, perkara itu berada di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang sedang menjalankan siasatan.

“Itu di bawah bidang kuasa CAAM yang sedang menjalankan siasatan,” katanya.

Mahathar berkata, bayaran elaun RM30 kepada petugas FDS dibuat bagi setiap perjalanan dan perkara itu juga akan dinilai dalam semakan yang dijalankan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×