Kelayakan pengerusi jawatankuasa pemilihan FAM dipertikai

Kelayakan pengerusi jawatankuasa pemilihan FAM dipertikai

KONGRES Luar Biasa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berlangsung pagi ini di Hotel Hilton, Petaling Jaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kelayakan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan badan induk itu, Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said dipertikaikan pada Kongres Luar Biasa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), pagi ini.

Ia susulan surat bantahan pada 8 sepember lalu yang diserahkan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) kepada Setiausaha Agung FAM dan salinannya turut diberikan kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Dalam mesyuarat pagi ini, Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul John yang bertindak sebagai Pengerusi Majlis memulakan agenda dengan membangkitkan surat yang diserahkan FAS.

Windsor menjelaskan, Kongres Luar Biasa boleh diteruskan, namun rayuan boleh dikemukakan sekiranya ada bantahan daripada perwakilan ekoran berlakunya ‘kecacatan’ dalam melantik Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan.

Lantas, perwakilan dari Perak, Selangor dan Kuching City mahu ia diteruskan serta diminitkan, namun Windsor tidak membenarkan kerana statut dan peraturan FAM perlu dipinda terlebih dulu.

Bagaimanapun, Windsor menyatakan pemilihan kepimpinan baharu FAM boleh diteruskan hari ini.

Sebelum ini, pelantikan Abdullah dipersoalkan kerana beliau tidak memenuhi Kod Pemilihan FAM 2026 yang baru berdasarkan Klausa 5 menetapkan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan mestilah layak untuk menjalankan amalan guaman.

Berdasarkan semakan profil akademik rasmi Abdullah di Universiti Teknologi MARA (UiTM), ia menunjukkan latar belakang pendidikannya adalah dalam bidang alam sekitar serta perancangan bandar dan wilayah.

Rekod akademik UiTM menyenaraikan Abdullah memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam bidang Alam Sekitar, diikuti Sarjana Perancangan Bandar dari University of Wales, United Kingdom serta PhD dalam bidang Perancangan Bandar dan Wilayah.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×