DUN Melaka bubar bulan ini - Utusan Malaysia

DUN Melaka bubar bulan ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dijangka dibubarkan selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh memberi bayangan, pembubaran akan dibuat dalam tempoh ‘dua kali Jumaat’ lagi.

“Tak lama lagi (akan bubar). Saya kata hari itu empat kali Jumaat lagi, (tetapi kini) dah tinggal dua kali Jumaat saja,” katanya ketika berucap pada majlis minum pagi dan sesi ramah mesra bersama penduduk Kampung Bertam Ulu di sini hari ini.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu Ab. Rauf mempercepatkan pengumuman pembubaran DUN Melaka bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN).

Beliau berkata, pengumuman berkenaan tidak seharusnya ditangguhkan terlalu lama kerana rakyat, khususnya golongan muda perlu diberikan ruang untuk menentukan hala tuju dan masa depan Melaka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×