Nur Amin terajui emas abang

Nur Amin terajui emas abang

Atlet judo Johor, Muhammad Nur Amin Mohd Faizal (kiri) dan Putera Muhammad Qaid Muaz Mohd Zallei (kanan) bersama pingat emas yang dimenangi meraikan kemenangan dalam acara judo lelaki -55kg dan -60kg pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di IDCC hari ini. - IHSAN MEDIA DIGITAL JOHOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penantian Nur Amin Faizal untuk mencipta nama sendiri di pentas Sukan Malaysia (SUKMA) akhirnya terlerai apabila atlet Johor itu menewaskan Ammar Rafiki Ridzuwan dari Terengganu dalam final kategori 55 kilogram lelaki di Ideal Convention Centre (IDCC), di sini, hari ini.

Kejayaan itu cukup bermakna buat Amin, 20, yang sekian lama beraksi dalam bayang-bayang abangnya, Mohamad Nur Iman Faizal, malah terpaksa menunggu peluang di SUKMA kerana kedua-duanya bersaing dalam kategori berat yang sama.

Lebih manis, Noriman yang memenangi kategori sama pada temasya terdahulu turut berada di bangku penonton untuk menyaksikan adiknya mengambil alih legasi keluarga dalam judo.

Memuatkan artikel berkaitan…

Emas itu melengkapkan penantian panjang Amin sejak dia mula mengikuti jejak abangnya menceburi sukan berkenaan ketika berusia 13 tahun, selepas sekian lama hanya melihat Noriman mencipta nama di peringkat lebih tinggi.

Selepas mencipta kejayaan di SUKMA, Amin kini memiliki dorongan baharu untuk kembali membawa cabaran negara ke pentas antarabangsa selepas pernah mewakili Malaysia pada Sukan SEA di Thailand tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN