Onn Hafiz 'masuk' Istana Bukit Serene, hadiri istiadat pelantikan Menteri Besar - Utusan Malaysia

Onn Hafiz ‘masuk’ Istana Bukit Serene, hadiri istiadat pelantikan Menteri Besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi tiba di Istana Bukit Serene di sini dipercayai untuk menghadiri majlis istiadat pelantikan Menteri Besar Johor yang baharu, hari ini.

Kenderaan jenis Audi berwarna hitam dengan nombor pendaftaran JRA1 dinaiki beliau dilihat memasuki pekarangan istana berkenaan pada pukul 3.42 petang.

Beliau dijangka dilantik kembali sebagai menerajui kerajaan negeri di hadapan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Pelantikan itu susulan kejayaan BN merekodkan kejayaan cemerlang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, semalam dengan memenangi 48 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 56 dipertandingkan.

Seawal pukul 2 petang tadi, petugas media cetak dan elektronik daripada pelbagai agensi tempatan telah mula berkumpul di hadapan pintu utama Istana Bukit Serene bagi membuat liputan majlis berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN