Wakil rakyat MCA jangan sia-siakan mandat rakyat - Wee Ka Siong

Wakil rakyat MCA jangan sia-siakan mandat rakyat – Wee Ka Siong

WEE Ka Siong (tengah) meraikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 semalam. FACEBOOK WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong mengingatkan semua wakil rakyat parti itu yang menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 supaya tidak mensia-siakan mandat diberikan rakyat.

Beliau berkata, semua calon yang berjaya perlu kekal merendah diri, menghormati pihak lawan dan sentiasa mengingati amanah besar daripada pengundi di kawasan masing-masing.

“Saya mengarahkan pasukan supaya semua orang mesti kekal rendah diri, sentiasa mengingati mandat pengundi dan menghormati pihak lawan.

“Wakil rakyat MCA akan membalas kepercayaan rakyat Johor dengan tindakan dan keikhlasan,” katanya dalam kenyataan. 

Ka Siong berkata, MCA berjaya memenangi lapan kerusi dalam PRN Johor dengan sokongan rakyat negeri itu. 

Beliau turut mengingatkan semua calon sama ada yang menang atau tewas supaya segera kembali berkhidmat kepada rakyat selepas tamat proses pilihan raya.

“Harap calon yang menang atau tewas mendapat rehat yang baik. Semua mesti berterima kasih atas undi yang diberikan dan mula berkhidmat,” katanya.

Ka Siong turut merakamkan penghargaan kepada rakyat Johor atas kepercayaan diberikan kepada MCA dalam PRN berkenaan.

“Terima kasih kepada rakyat Johor atas kepercayaan yang diberikan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN