Sultan Ibrahim terima menghadap Ahmad Zahid, Onn Hafiz - Utusan Malaysia

Sultan Ibrahim terima menghadap Ahmad Zahid, Onn Hafiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Istana Pasir Pelangi, di sini hari ini.

Perkara itu dikongsi menerusi kenyataan dimuat naik dalam laman Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Turut hadir dalam pertemuan yang berlangsung hampir sejam itu, Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Difahamkan, Onn Hafiz bakal mengangkat sumpah selaku Menteri Besar Johor di Istana Bukit Serene, di sini petang ini.

Semalam, BN telah meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 dengan memperoleh 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dipertandingkan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN