AS mahu tambah aset tentera seperti awal perang Iran

AS tambah aset tentera hadapi Iran

FOTO edaran Tentera Laut AS menunjukkan pesawat Sayap Udara Pembawa (CVW) 7 terbang dalam formasi di atas USS George H.W. Bush (CVN 77) di Laut Arab.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) bersedia mengerahkan puluhan pesawat pengisian tangki udara tambahan ketika Presiden Donald Trump mempertimbang untuk memperluaskan operasi ketenteraan terhadap Iran.

Menurut laporan Axios kelmarin, langkah itu dibuat ketika Trump menilai pilihan ketenteraan baharu susulan peningkatan ketegangan antara Washington dan Teheran.

Memetik tiga pegawai AS dan Israel, laporan itu mendakwa Trump menerima beberapa cadangan operasi dalam mesyuarat Bilik Situasi di Rumah Putih pada Selasa lalu, namun belum membuat keputusan muktamad.

Cadangan tersebut dilaporkan termasuk serangan terhadap loji janakuasa Iran dan kemudahan infrastruktur lain, selain operasi tambahan menyasarkan kemudahan nuklear, serta operasi yang menyasarkan tapak bawah tanah Gunung Pickaxe.

Pegawai AS dan Israel berkata, Trump berpotensi mengarahkan peningkatan operasi dalam tempoh beberapa hari bagi memberi tekanan kepada Teheran supaya membuka semula Selat Hormuz serta menerima tuntutan Washington berkaitan program nuklearnya.

Laporan itu menyatakan, AS kini menempatkan kira-kira 30 pesawat tangki udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion berhampiran Tel Aviv dan jumlah sama di Lapangan Terbang Ramon di selatan Israel.

Pegawai Israel berkata, Washington mahu menghantar beberapa puluh lagi pesawat berkenaan bagi mengembalikan jumlah armada udara itu ke tahap seperti permulaan konflik.

Serangan udara di Asia Barat berterusan untuk malam ketujuh berturut-turut apabila Iran melaporkan tiga kematian akibat serangan AS, sebelum bertindak balas terhadap beberapa lokasi ketenteraan AS di Kuwait dan Jordan.

Komando Pusat AS (CENTCOM) mengesahkan serangan terhadap Iran yang didakwa bertujuan untuk melemahkan keupayaan ketenteraan negara itu.

Penasihat kanan tentera kepada Pemimpin Tertinggi Iran, Mejar Jeneral Mohsen Rezaei, berkata Teheran akan menyambung semula operasi berskala penuh sekiranya serangan AS terhadap negara itu berterusan untuk tempoh dua atau tiga hari lagi.

“Iran tidak lagi akan mengehadkan tindak balasnya kepada serangan balas yang setimpal, dan tiada sempadan politik akan selamat,” katanya menurut agensi berita Iran, IRIB.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN