2,000 sertai majlis tahlil, bacaan Yasin sempena Hari Pahlawan

2,000 sertai majlis tahlil, bacaan Yasin sempena Hari Pahlawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kira-kira 2,000 jemaah menghadiri majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat sempena Sambutan Hari Pahlawan di Masjid Negara di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee.

Sambutan Hari Pahlawan yang disambut pada 31 Julai setiap tahun merupakan manifestasi penghargaan negara terhadap pengorbanan pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berjuang mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara, termasuk mereka yang gugur ketika melaksanakan amanah tersebut.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN