Tewas di saat akhir, Beccacece akui kecewa

Tewas di saat akhir, Beccacece akui kecewa

Sebastian Beccacece
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHILADELPHIA: Pengendali Ecuador, Sebastian Beccacece meluahkan kekecewaannya selepas rekod tanpa kalah pasukannya selama 19 perlawanan berakhir dengan kekalahan lewat 0-1 kepada Ivory Coast dalam aksi pembukaan Piala Dunia 2026 Kumpulan E, semalam.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Amad Diallo pada minit ke-90, sekali gus menghadiahkan tiga mata berharga kepada Ivory Coast selepas Ecuador dilihat lebih menguasai permainan hampir sepanjang perlawanan.

Ecuador turut berasa berang selepas beberapa peluang keemasan mereka gagal disempurnakan, termasuk tiga percubaan yang terkena palang, selain mensia-siakan beberapa peluang terbaik untuk memecah kebuntuan lebih awal.

Menurut Beccacece, keputusan tersebut sukar diterima kerana pasukannya beraksi lebih baik dan mencipta lebih banyak peluang berbanding lawan.

“Ini satu kekalahan yang tidak adil. Kami mempunyai hujah yang jelas bahawa pasukan bermain lebih baik, mencipta peluang paling jelas dan sepatutnya menang perlawanan ini,” katanya kepada media.

Namun Beccacece mengakui kegagalan menyudahkan peluang menjadi faktor utama Ecuador dihukum pada penghujung permainan.

“Bola sepak bukan soal siapa yang lebih layak menang, tetapi siapa yang mengambil peluang,” katanya.

Dalam masa sama, jurulatih dari Argentina itu turut mempersoalkan satu insiden membabitkan pertahanan Ivory Coast, Guela Doue yang menurutnya wajar dilayangkan kad kuning kedua.

“Kami semua lihat itu sepatutnya kad kuning kedua dan layak dibuang padang, tetapi perkara seperti itu di luar kawalan kami,” katanya.

Walaupun tewas, Beccacece menegaskan peluang Ecuador untuk mara ke peringkat kalah mati masih terbuka dan bergantung kepada keputusan perlawanan menentang Curacao dan Jerman.

Katanya, tekanan awal kejohanan mungkin menimbulkan keresahan dalam pasukan, namun mereka perlu segera bangkit dengan keyakinan lebih tinggi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN