PRN Johor: Pembahagian calon PH adil, ikut komposisi kaum - Utusan Malaysia

PRN Johor: Pembahagian calon PH adil, ikut komposisi kaum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Penamaan 56 calon Pakatan Harapan (PH) yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 oleh Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mencerminkan komposisi kaum di negeri ini.

Naib Presiden PKR, Datuk Seri R. Ramanan berkata, empat calon India yang dinamakan daripada jumlah tersebut dilihat adil berdasarkan peratusan komuniti India di negeri ini.

“Kita ada empat calon India yang akan bertanding bawah logo PH pada PRN Johor yang akan bermula tidak lama lagi. Saya rasa ini merupakan pembahagian yang adil, tak akan kita nak minta 20 kerusi pula, tak masuk akal.

“Saya pasti dan yakin perkara sama akan dilakukan parti lawan. Tak akan ada mana-mana parti yang beri lebih daripada empat kerusi, ini sudah dikira maksimum,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Inisiatif Perabot Madani dan Program Kalvi Madani di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SKJT) Peringkat Kebangsaan di SJKT Jalan Yahya Awal, di sini hari ini.

Semalam, Anwar mengumumkan senarai 56 calon gabungan PH bagi PRN Johor ke-16, yang terdiri daripada penyandang serta muka baru daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Empat merupakan calon India iaitu C. Subramani yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN Bukit Kepong); Dr. Ruben Arumungum (DUN Paloh); Guna Balakrishnan (DUN Layang-layang) dan J. Kartiyaini (DUN Skudai).

Sementara itu, ditanya mengenai Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang mengesahkan akan bertanding di 15 kerusi DUN Johor, beliau memaklumkan tidak tahu tentang kewujudan parti berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN