PRN Johor: Parti komponen BN negeri sudah serah senarai calon - Utusan Malaysia

PRN Johor: Parti komponen BN negeri sudah serah senarai calon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Semua parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) telah menyerahkan senarai nama calon-calon yang dicadangkan untuk bertanding mewakili kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing kepada kepimpinan tertinggi gabungan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan berkata, senarai tersebut akan ditapis kepimpinan tertinggi BN sebelum disahkan selaku calon rasmi mewakili gabungan berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 11 Julai depan.

“Kesemua UMNO Bahagian di Johor, serta parti-parti komponen lain sudah menyerahkan senarai nama calon mereka. Tapisan juga sudah dibuat bagi memastikan mereka memenuhi kriteria ditetapkan sebelum dirujuk kepada Pengerusi BN untuk putuskan.

“Kita jangka senarai nama calon akan diumumkan selewat-lewatnya sehari sebelum penamaan calon, ini merupakan proses biasa yang kita lakukan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan Lawatan Kerja Rasmi ke Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Mua, di sini hari ini.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum telah mengumumkan tarikh penamaan calon bagi PRN Johor pada 27 Jun ini, manakala 7 Julai sebagai tarikh undi awal dan 11 Julai hari mengundi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN