Pesta Piala Dunia tidak padam suara penunjuk perasaan

Pesta Piala Dunia tidak padam suara penunjuk perasaan Mexico tetap bergema

Ribuan guru dan pelajar dari Sekolah Ayotzinapa berarak menuju Stadium Ciudad de Mexico, Mexico City, kelmarin sebagai bantahan menjelang majlis pembukaan Piala Dunia 2026. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Bahang pembukaan Piala Dunia 2026 di Stadium Azteca tidak menghalang ratusan penunjuk perasaan kembali berhimpun di sekitar venue ikonik itu bagi menuntut keadilan terhadap kes kehilangan ahli keluarga mereka.

Kumpulan terbabit yang sebahagian besarnya terdiri daripada waris mangsa dipercayai hilang, diculik atau dibunuh oleh kumpulan jenayah serta pihak berkuasa, memilih malam sebelum sepak mula kejohanan sebagai pentas menyuarakan tuntutan mereka.

Polis Mexico memperketat kawalan keselamatan dengan mewujudkan perimeter sejauh 1.6 kilometer di sekeliling stadium menjelang ketibaan penyokong, namun masih membenarkan demonstrasi aman berlangsung.

Bagaimanapun, pihak berkuasa menegaskan hanya pemegang tiket dibenarkan memasuki kawasan stadium yang bakal menjadi saksi majlis pembukaan penuh gilang-gemilang sebelum perlawanan pembukaan antara Mexico dan Afrika Selatan.

Seorang penunjuk perasaan, Maria de Jesus Soria Aguayo yang masih mencari anak lelakinya selepas dilaporkan hilang di Veracruz sejak sedekad lalu, meluahkan kekecewaan terhadap kerajaan pimpinan Presiden Claudia Sheinbaum.

“Kes kehilangan terus berlaku satu demi satu dan beliau tidak melakukan apa-apa. Dia hanya mengambil berat tentang bola sepak,” katanya.

Sepanjang himpunan itu, para peserta melaungkan slogan-slogan menuntut keadilan, namun keadaan kekal terkawal tanpa sebarang pertembungan dengan pasukan keselamatan.

Sebagai simbolik mengenang mangsa yang hilang, sekumpulan penunjuk perasaan turut menyusun bunga cempasuchil yang sering digunakan dalam upacara memperingati kematian membentuk lambang salib di atas jalan raya berhampiran Stadium Azteca.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN