Perjuangan lawan kanser, Syazwani terima sumbangan Kerajaan Pahang

Perjuangan lawan kanser, Syazwani terima sumbangan Kerajaan Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keprihatinan Kerajaan Negeri Pahang terhadap rakyat yang berdepan ujian kesihatan terus dizahirkan apabila menziarahi seorang wanita muda penghidap kanser payudara tahap empat di Kampung Gali Hilir.

Nurul Jannatul Syazwani Mohamad, 27, kini berdepan ujian besar selepas disahkan menghidap kanser payudara tahap empat yang mengubah seluruh perjalanan hidupnya.

Sejak setahun lalu, dia tabah menjalani pelbagai rawatan bagi melawan penyakit tersebut dan bakal meneruskan rawatan susulan di China yang dianggarkan menelan kos kira-kira RM85,000.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal menziarahi Nurul Jannatul Syazwani buat kali kedua bagi melihat sendiri perkembangan kesihatannya.

“Saya turut menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri Pahang berjumlah RM10,000 bagi membantu meringankan kos rawatannya.

“Sumbangan ini merupakan bukti keprihatinan kerajaan negeri dalam membantu rakyat yang berdepan ujian kesihatan serta kesukaran hidup,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail atas kelulusan sumbangan tersebut.

“Saya menyeru kepada sahabat handai, kenalan dan orang ramai yang berkemampuan untuk turut membantu meringankan beban Nurul Jannatul Syazwani.

“Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menyalurkan sumbangan terus ke akaun Maybank milik Nurul Jannatul Syazwani Mohamad di nombor 556244123308,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN